Inovasi mesin penanam secara pneumatic mudahkan kenaf ditanam

Standard

3207_bm.jpg

Penanaman biji benih kenaf dan bijiran lain termasuk jagung kini boleh dijalankan secara eknomik, mudah dan tersusun, serta dalam masa yang lebih singkat melalui penggunaan mesin penanam secara pneumatik.

Melalui penggunaan mesin itu, hanya satu benih dijatuhkan ke dalam lubang alur tanah yang digembur ketika jentera mesin itu bergerak, lantas menjimatkan penggunaan benih berbanding kaedah penggunaan jentera biasa yang memerlukan tiga benih bagi setiap lubang.

Ia juga dapat melakukan penanaman membabitkan kawasan seluas 1.7 hektar dalam masa sehari tanpa menggunakan tenaga buruh yang ramai.

Mesin ini yang digerakkan dengan ditarik oleh traktor mula dibangunkan oleh penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2010 dan siap pada 2012.

For more info, klik di sini.

UPM anjur program ‘Shot Your Target’ tingkat minat subjek Matematik

Standard

3274_bm.png

Kelab Mahasiswa Matematik, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program ‘Shot Your Target’ untuk pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Segambut Jaya, Kuala Lumpur baru-baru ini, yang bertujuan meningkatkan minat  pelajar terhadap subjek Matematik

Pengarah program, Ahmad Danial Lokman berkata kebanyakan pelajar kurang menggemari subjek Matematik Tambahan di sekolah kerana menganggap bahawa subjek itu sangat susah dan sukar untuk mendapat ‘A’.

“Tujuan program ini adalah supaya pelajar lebih berkeyakinan untuk belajar subjek Matematik Tambahan dan menguasai topik-topik tertentu dalam subjek tersebut,” katanya.

For more info, klik di sini.

LabEx UPM di Montpellier bakal rapatkan hubungan penyelidik Malaysia-Eropah

Standard

3279_bm.jpg

Penubuhan LabEx, (External Laboratory) Universiti Putra Malaysia (UPM) di Agropolis International, Montpellier merupakan satu peluang untuk merapatkan lagi kerjasama dan hubungan antara penyelidik Malaysia dan Eropah.

Pengarah Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan UPM, Prof Madya Dr Shaufique Fahmi Ahmad Sidique berkata melaluinya diharapkan juga UPM menjadi penghubung antara penyelidik Eropah dengan penyelidik Malaysia dan Asia Tenggara dalam kerjasama kajian berkaitan isu pertanian tropika, khususnya berkenaan pembangunan mapan, sekuriti makanan dan kelangsungan kehidupan.

“Ini adalah langkah amat strategik yang sedang kita lakukan,” katanya dalam temubual dengan Agropolis International ketika bersama delegasi UPM melawat Agropolis International di sini baru-baru ini.

Delegasi UPM diketuai Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan dalam rangka kerja seiring Memorandum Persefahaman, yang termasuk pelaksanaan LabEx, makmal virtual UPM.

For more info, klik di sini.

 

Jabatan Akuakultur tingkat usaha hasilkan lebih banyak baka akuakultur yang baik

Standard

2986_bm.jpg

Jabatan Akuakultur, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) semakin giat menggemblengkan usaha ke arah merealisasikan hasrat untuk menghasilkan lebih banyak baka akuakultur yang baik.

Pensyarah Kanan, Jabatan Akuakultur, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Abdullah Abd Rahim berkata usaha juga ditumpukan kepada penyaluran benih berkenaan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Antara program yang dilakukan ialah pembenihan dan pembiakan ikan Tilapia Puchong Red di Stesen Penyelidikan Akuakultur UPM di Puchong.

Katanya, program pembenihan dan pembiakan ikan Tilapia Puchong Red itu yang bermula akhir tahun lalu oleh pakar genetik dan pembiakbakaan ikan fakulti berkenaan, Prof. Madya Dr. Yuzine Esa sudah memasuki fasa penyelidikan terhadap generasi kedua ikan berkenaan.

For more info, klik di sini.

Seminar ‘Bringing STEM to Live 2015’ tingkat pembelajaran sains negara

Standard

3056_bi.png

Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan seminar Bringing STEM To Live 2015 bagi meningkatkan minat pelajar untuk memilih bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai karier masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Profesor Negara Prof. Datuk Raduan Che Ros berharap penganjuran seminar itu akan menyuburkan agenda pembelajaran sains dalam menjadikan negara lebih cemerlang.

“Harapan saya UPM melakukan usaha berterusan untuk sama-sama menjayakan matlamat negara yang kini mensasarkan 60 peratus daripada kanak-kanak dan belia memilih pengajian dalam bidang STEM,” katanya ketika merasmikan seminar STEM di Dewan Taklimat, UPM di sini.

Beliau berkata, seminar itu menyediakan platform para penyelidik dari institusi akademia dalam sains dan matematik untuk bertukar pandangan dalam mempertingkatkan penemuan terkini dalam pengajaran serta pembelajaran dalam bidang STEM.

For more info, klik di sini

Seramai 1,620 anggota PALAPES terima tauliah daripada Sultan Selangor

Standard

3103_bi.jpg

Seramai 1,620 anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) universiti awam (UA) menempa detik bersejarah apabila menerima pentauliahan pada istiadat penuh gemilang di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Tuanku Canselor UPM berkenan menyampaikan pentauliahan itu pada majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES UA ke-34. Ia bertemakan ‘Watan Mendaulat Nusa’.

Turut hadir pada istiadat itu ialah Menteri Besar Selangor, YAB Mohamed Azmin Ali; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dr. Haji Zulkifeli Mohd Zin; panglima ketiga-tiga cabang perkhidmatan; dan Naib Canselor yang juga Komandan PALAPES UPM, Kolonel (Kehormat)  Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan.

For more info, klik di sini.

UPM rintis penyelidikan guna tumbuhan untuk aplikasi Aeroangkasa, Automotif

Standard

3115_bi.jpg

Universiti Putra Malaysia (UPM) merintis penyelidikan menggunakan bahan tumbuhan untuk menghasilkan bio-sumber komposit hibrid untuk aplikasi aeroangkasa dan automotif.

Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan berkata antara bahan tumbuhan yang digunakan adalah kenaf dan nanas.

“Kenaf adalah tanaman komoditi ketujuh di Malaysia dan gentiannya diperkenalkan pada tahun 2010 manakala gentian nanas telah sedia dalam bentuk biojisim.

“Kedua-dua gentian ini mengandungi polimer-polimer berasaskan petroleum yang bertindak sebagai pengikat, memberi nilai kekuatan yang diperlukan dalam pembuatan komposit.

For more info, klik di sini.